Terikat Kontrak Telco 80 Bulan, Ini Cara Untuk Atasinya

Pernah kecoh beberapa minggu yang lalu tentang seorang pelanggan telco yang terkejut mendapat tahu yang pakej telco Digi yang dilanggannya terikat dengan kontrak selama 80 bulan lamanya!

Kalau dibaca melalui berita viral ini, aku tengok tiada satu pun yang memberikan bagaimana cara nak selesaikan masalah tersebut kalau berlaku perkara yang sama kepada diri sendiri.

cara atasi plan telco 80 bulan

Gambar : Thereporter.my

Sebenarnya kejadian ni berlaku kepada akaun wife aku sendiri. Wife aku bercadang nak bertukar ke plan UMobile pakej postpaid dengan kadar internet yang unlimited.

Jadi semasa aku takde kat rumah, ada la talian internet di rumah tanpa had kuota. Sebab kat rumah aku ni menggunakan internet 100%. Astro pun dah potong lama dah.

Ini berikutan aku pun dah bertukar ke plan Digi Infinite 150, jadi memang kena ada lagi satu line telefon untuk talian internet yang unlimited.

Nak kekalkan Streamyx sebenarnya tak best, kena bayar dua bil berasingan pula kan. Jadi baik jimatkan duit tu kepada plan telco yang lebih laju. Speed UMobile kat rumah aku ni pun lebih kurang sama dengan Digi juga.

Kontrak Dengan Digi Selama 80 Bulan, Macam Mana Nak Selesaikan?

Bagi mereka yang follow cerita viral tu, tentu ada baca yang pengadu membuat laporan kepada SKMM dan juga Biro Pengaduan Awam dan masalah tersebut telah pun selesai.

Adakah korang kena buat benda yang sama juga?

Boleh.

Tapi ada option lain sebenarnya sebelum korang bertindak sedemikian.

Caranya adalah seperti berikut:

1.Telefon dahulu talian perkhidmatan Digi iaitu 016-221 1800 yang mana talian ini sebenarnya PERCUMA sahaja kepada pelanggan Digi.

2. Bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan dan request untuk dapatkan tempoh kontrak bagi nombor anda itu.

3.Kemudian minta pegawai berkenaan untuk memeriksa adakah boleh batalkan kontrak tersebut tanpa sebarang caj. Nyatakan sebab korang nak batalkan kontrak itu juga. Contohnya hendak bertukar ke telco yang lain.

4.Pegawai berkenaan akan maklumkan jika boleh untuk batalkan kontrak berkenaan. Kontrak akan terbatal dalam selepas pegawai berkenaan membuat pembatalan melalui sistem mereka.

5. Ucapkan terima kasih.

Sebenarnya mudah je, jangan melatah dan cepat marah sangat kalau terjadi kepada korang juga. Kalau lah masih ada kontrak, tanya kepada beliau sama ada boleh batalkan atau tidak.

Tanya juga kenapa tidak boleh sebab kebanyakan telco sekarang tidak mempunyai kontrak untuk melanggan. Jadi ketahui juga hak anda sebagai pengguna.

Jadi pengguna telco yang bijak ye!

Kalau ada yang berminat nak bertukar juga ke plan Digi Infinite 150, elok dapatkan sebelum pakej tersebut ditutup. Semua pertukaran plan adalah secara online sahaja!

4 Comments

  1. ijad January 25, 2018
    • reez January 26, 2018
  2. Yeop Maz January 25, 2018
    • reez January 26, 2018

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.