Tips Elak Singki Tersumbat

Tak tahu sama ada tips ini betul ataupun tidak. Aku dapat tips ini daripada pekerja am rendah di pejabat aku tu. Katanya sebulan sekali tuangkan air panas ke dalam singki untuk mengelakkan singki tersebut tersumbat.

Mungkin ada betulnya juga, sebab boleh katakan 2 bulan sekali aku akan buka paip singki tu sebab aliran air singki tu dah makin perlahan. Lambat sedutnya. Apabila dah buka, nak cuci, kotoran seperti minyak, dan juga lebihan makanan banyak tersekat dalam singki tu.

Tips Elak Singki Tersumbat

Jadi aliran air susah nak turun dan menyebabkan singki tersumbat. Semua tu korang boleh buat sendiri. Disebabkan aku dah dapat tips ni, pagi tadi aku try buat.

Sebulan sekali aku akan cuba buat dan nak tengok kesannya pada singki aku tu nanti

Kepada korang yang mempunyai masalah ni kat rumah, cuba bersihkan dalam 2 bulan sekali ke takungan singki korang tu dan tengok sendiri apa sampah yang ada..haha..tapi kalau korang tahan geli la. Kalau tak tahan, silap-silap korang boleh muntah tengok.

Zaman sekarang yang canggih ni, korang boleh dapat juga di pasaran ada pelbagai jenis bahan kimia lain untuk melancarkan air dalam singki korang tu. Guna lah mana satu yang korang rasa ok kalau geli nak bersihkan sendiri.

Untuk elakkan tersumbat lagi, boleh ikut beberapa tips ni :

  1. Buang lebihan makanan di bekas yang berasingan.
  2. Jangan buang sampah dalam singki dan mengharap singki tersebut sedut dengan baik.
  3. Cuci 2 bulan sekali atau ikut je tips yang aku buat tu.

Paling senang, jangan guna terus singki tu..ahhaa..tapi tak mungkin la kan..

Biasanya singki ni digunakan untuk basuh pinggan, cuci tangan je. Tapi jangan la buat benda lain seperti mandi ke, buang air ke..tu tak senonoh namanya dan di luar kebiasaan.

3 Comments

  1. sabree hussin March 22, 2017
    • reez March 23, 2017
  2. lokmanamirul March 14, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.