Top 3 Tempat Menarik di Taiping Yang Mesti Dilawati

Moh le kite ke Taiping, yop!

Hihi. Bagi korang yang pernah buat trip ke Taiping tu, pasti dah tahu tentang ciri-ciri dan keunikan di bandar ni. Taiping yang juga dikenali sebagai bandar warisan dan bersejarah ni, pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum bandar raya Ipoh.

Haaa, kalau dah pernah jadi ibu negeri tu, kiranya banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh dikunjungi di samping, terdapat banyak kewujudan tempat penginapan seperti Taiping hotels, chalet, dan homestay untuk korang bermalam.

Seronok tak seronoknya bercuti kat Taiping sebenarnya bermula di lebuhraya lagi, lebih-lebih lagi kepada peminat buah-buahan tempatan. Kalau korang perasan, RnR di sepanjang perjalanan ke negeri Perak ni meriah dengan gerai menjual buah-buahan seperti jambu madu, mempelam, limau bali dan banyak lagi.

Memang sedap kalau buat rojak buah. Mak-mak yang sedang mengandung tu tentu suka tengok buah-buah yang pelbagai rasa ni. Beli, lepas tu buat cicah sambil berkelah tepi air terjun..fuh…nyaman kan?

Bagi aku, apa-apa pun yang penting sebelum korang pergi bercuti ke Taiping, pastikan korang buat perancangan perjalanan dulu tau supaya ianya menjadi lebih terancang dan salah satu faktornya ialah pemilihan tempat penginapan.

Jadi, aku cadangkan korang stay dekat Tune Hotel Taiping. Kenapa hotel ni? Sebab aku rasa kedudukan hotel ni sangat strategik dan terletak di tengah-tengah bandar. Lagi satu, hotel ni juga mempunyai rating yang terbaik dan harganya pula sangat berpatutan.

Walaupun kemudahan yang disediakan tidak terlalu banyak, namun layanan yang diberikan sangat memuaskan serta menjadi pilihan ramai orang. Bila dah ada tempat penginapan barulah mudah nak rancang perjalanan ke tempat-tempat menarik.

1. Zoo Taiping

zoo taiping

Salah satu destinasi popular semasa cuti sekolah tidak lain dan tidak bukan adalah Zoo Taiping. Dengan terdapatnya pelbagai jenis spesis haiwan di sini seperti harimau belang, singa, zirafah, orang utan, badak dan banyak lagi pasti akan membuatkan anak-anak korang seronok dan rasa teruja.

Apa yang menariknya lagi, korang bukan setakat boleh melawat zoo pada waktu siang saja, malah waktu malam pun boleh. Korang boleh enjoy dengan night safari yang ditawarkan dan dapat melihat sendiri kecantikan serta keindahan zoo pada waktu malam. Sangat sesuai dan tempat yang ideal untuk korang bawa anak-anak berjalan di samping dapat mengenal binatang-binatang yang ada.

2.Bukit Larut

Bukit Larut

Tempat yang dikenali juga sebagai Maxwell Hill ni merupakan antara tempat yang sering dikunjungi. Tidak kalah seperti tempat percutian tanah tinggi yang lain seperti Cameron Highland, Bukit Larut juga menyajikan korang dengan keadaan dan suasana yang tenang serta udara sejuk yang sangat mendamaikan jiwa.

Walaupun tiada Taiping Hotels ternama menanti pengunjung di atas puncak bukit, namun ia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri. Korang boleh naik ke puncak bukit dengan kenderaan yang disediakan tapi kalau larat, korang boleh saja mendaki bukit ni dengan berjalan kaki atau jogging seperti yang lazimnya dilakukan oleh penduduk tempatan hampir setiap petang di sini.

Haaa, kalau korang rasa macam nak bersatu dengan alam, korang boleh juga singgah ke Burmese Pool yang terletak di kaki Bukit Larut.

Untuk menikmati kolam berbatu semulajadi yang menarik ni korang kena rentasi denai hutan ke dalam sikit tapi ianya sangat berbaloi kalau korang dapat bermandi-manda di sini bersama keluarga kerana kolamnya sangat luas dan air yang sejuk sangat menyegarkan dan menyeronokkan.

Sesuailah kalau korang nak merehatkan diri dalam suasana kehijauan hutan yang sungguh mendamaikan.

Aku dah banyak kali ke Burmese Pool ni dan memang salah satu tempat yang best untuk mandi air terjun kat Taiping ni. Tapi kalau musim hujan, tak digalakkan untuk pergi. Keadaan air di Burmese Pool pada waktu hujan sangat membahayakan.

Jadi kalau nak bercuti ke Taiping pastikan tengok dulu keadaan cuaca. Salah satu fakta yang mungkin korang tak tahu, bandar Taiping ni merupakan salah satu tempat yang mempunyai taburan hujan paling tinggi sekali di Malaysia.

Jangan hairan sangat kalau korang melancong ke Taiping, selalu sangat hujan. Sebab itu dah biasa bagi penduduk kat sana. 😛

3.Kuala Sepetang

Boleh dikatakan tempat ni adalah destinasi untuk korang releks-releks dan makan-makan bersama keluarga kerana tempat ni adalah salah satu tempat makan best di Taiping. Maklumlah, dah nama pun ‘kuala’, jadi makanan di sini dah tentulah yang berasaskan seafood.

Tempat Makan Best Taiping

Kredit Gambar : KakitravelKhairuddin

Mee Udang Mak Jah Taiping

Kredit Gambar : Diari Si Ketam Batu

Antara yang menjadi kegilaan pengunjung kalau ke Kuala Sepetang ialah  Mee Udang dan kedai yang popular adalah di Mee Udang Mak Jah. Banyak lagi makanan laut di sini untuk korang cuba, apapun boleh ke sini untuk cuba sendiri menu yang ada.

Aku baru je dapat berita tentang pengasas Mee Udang Mak Jah ini yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Diharapkan Mee Udang Mak Jah ni masih kekalkan rasanya dan signature yang selalunya ada tempat mee udang ni adalah udangnya yang memang besar..harga pun murah.

Mana nak cari mee udang yang letak udang besar-besar dan segar pula tu. Ramai yang sanggup datang dari jauh sebab nak makan mee udang kat gerai Mee Udang ni. Tak hairanlah kalau tengok hujung minggu je kedai Mee Udang Mak Jah selalu je penuh.

Selain itu, korang juga boleh melakukan aktiviti lain seperti melawat kilang pembuatan arang tradisional, naik bot dan memancing bersama nelayan, melihat kelip-kelip dan sebagainya.

Itu dia Top 3 Tempat Menarik di Taiping Yang Mesti Dilawati sepanjang masa. Tak kiralah tahun bila korang nak pergi. Rancanglah percutian korang tu dengan sebaiknya sebab bandar Taiping ni banyak juga tempat yang best untuk dilawati.

p/s: cari cendol sedap kat pekan Taiping…serius memang terangkat…

6 Comments

  1. Hasrul Hassan February 20, 2017
  2. sabree hussin January 11, 2017
  3. imnajmi January 10, 2017
  4. titan January 10, 2017
    • reez January 10, 2017
      • titan January 14, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.