Tukar Kepada Digi Infinite 150

Aku baru tahu sebenarnya ada pakej baru daripada Digi iaitu Digi Infinite 150 yang mana korang boleh dapatkan internet dan juga call unlimited dengan pakej baru ni.

Memang menarik sungguh pakej ni sebab dah lama aku tunggu pakej yang best ni. Sejak aku bertukar simkad ke 4G LTE ni, aku tengok speed Digi kat area rumah aku ni minimum 30mbps.

Nak tunggu Unifi masuk, memang tak tahu la bila. Sebab sekarang ni aku pakai Streamyx 8mbps dengan bayaran RM150++ sebulan tidak termasuk GST. Juga aku bayar bil telefon Digi Postpaid RM80.

Maknanya aku kena bayar internet dan juga telefon. Itu yang membuatkan aku rasa nak terminate terus je Streamyx aku ni. Boleh jimat banyak tu kan?

Sebelum ni aku bayar RM80+RM150 = RM230.00 sebulan untuk telefon dan juga internet.

Tapi selepas ni aku cuma bayar RM150.00 sahaja untuk internet dan juga telefon. Jadi aku jimat RM80.00 disitu untuk perbelanjaan bulanan. Boleh le simpan untuk perkara lain kan.

Salah satu sebabnya aku memang nekad nak tukar sebabnya haritu kejadian kilat area rumah aku ni.

Promo Digi Infinite

Internet pun terpadam dan laporan kepada pihak TM pun aku dah buat. Esoknya juruteknik yang bertugas pun datang untuk periksa line tersebut.

Bila dia check line ok je, dan dapat dikesan yang mana kabel telefon aku tu yang masalah. Jadi kena buat wiring baharu. Disebabkan rumah aku ni di tingkat 3, kena buat dari atas, sampai ke main port dibawah sekali.

Disebabkan aku malas nak buat report lagi dan tunggu masalah ni selesai dan juga mungkin akan dikenakan bayaran lagi untuk caj wiring tu. Kawan aku cadangkan kat aku Digi Infinite 150 ni.

Speed Digi Infinite

Malam tu aku cuba check speed internet Digi di kawasan rumah aku ni. Terkejut juga..korang tengok. Rumah aku ni agak ke dalam sikit la daripada jalan besar tu. Jadi aku berpendapat speed internet dalam 5mbps sahaja.

Memang best kan, FREE Call dan juga FREE Internet tanpa quota dengan speed yang sangat laju. Memang best sangat pakai. Aku guna kalau waktu kerja pun dalam 2-3 jam je sehari.

Kalau waktu cuti mungkin lebih dari 8 jam internet digunakan. Sebab Astro pun aku dah tak tengok sebab jarang pun ada di rumah.

Jadi kalau korang rasa ada niat nak tukar tu, elok la buat secepat mungkin. Kalau korang ambil pun, bukannya ada kontrak, boleh terminate pada bila-bila masa kalau rasa tak laju kat tempat korang.

Plan ni kalau korang nak tukar, kena buat secara online je. Tak boleh buat di mana-mana cawangan Digi. Promosi ni pun sebenarnya dilanjutkan oleh Digi sempat 12.12.17 punya promosi tahun lepas.

Kiranya kalau Digi nak tukar promosi ni jadi lebih mahal, itu mungkin juga. Lagi lama korang fikir, tengok-tengok pakej jadi lagi mahal daripada sekarang.

Klik pada gambar atau link Digi Infinite 150 ini untuk daftarkan pakej korang sekarang ye.

6 Comments

  1. Xplorasi Destinasi February 6, 2018
  2. Thenewsia January 30, 2018
    • reez January 31, 2018
  3. Pisyek January 23, 2018

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.