Tutorial Bagaimana Membeli Di Aliexpress.com

Aliexpress.com merupakan salah satu laman web paling popular untuk membeli belah secara online selain daripada Alibaba.com, Ebay.com, Amazon.com dan tak lupa juga Taobao.com. Kesemua web ini adalah antara yang paling dipercayai sekali di dunia dan mempunyai pembeli paling ramai di dunia. Jadi transaksi untuk kesemua web ini mungkin sehingga jutaan dollar sehari.

Aku taklah kerap sangat membeli barang di AliExpress.com ni, cuma kalau nak tahu apa barang yang aku beli di AliExpress.com kali pertama boleh baca entri ni. Sebabnya saje je nak try beli barang daripada AliExpress, sebelum ni banyak menjual je di Ebay dan buat bisnes dropship je, tapi kali ni nak try beli. Jadi bagi mereka yang rasa nak membeli di AliExpress.com tu cuba lihat tutorial di bawah untuk membuat pembelian.

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

1.Login ke www.aliexpress.com atau search je di Google. Pastikan url yang tertera adalah AliExpress.com. Contoh antara mukanya adalah seperti dalam gambar di atas.

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

2.Search barang yang ingin dibeli. Sebagai contoh dalam tutorial ni, aku redah je beli barang.Aku tengok ada satu item yang unik seperti dalam gambar.Mungkin boleh untung untuk buat dropship. Antara kriteria yang korang boleh pertimbangkan untuk beli adalah gambar diamond di bawah tu. Kalau icon Crown lagi baik sebab lagi bagus reputasi penjual tu.

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

3.Pilih Shipping yang mana dan kuantiti yang korang inginkan dan tekan Add to Cart atau tekan Buy Now. Dalam contoh ni aku pilih Free Shipping. Tengok sendiri dalam masa berapa lama barang itu akan sampai. Kalau nak cepat, bayarlah lagi mahal ye. Gunakan shipping company yang lain. 😀

Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Buat Duit 5 Angka Dengan Dropship Dari Taobao

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

4. Tadi aku tekan Add to Cart, korang akan dibawah ke page ini dan tekan View Shopping Cart untuk ke langkah seterusnya.

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

5. Dalam page ni korang boleh lihat sendiri apakah shipping yang ada dan juga bila dijangka sampai barang yang korang nak order tu. Korang tekan je, dah tahu jumlah keseluruhan yang korang kena bayar. Dalam contoh ni, kosnya cuma USD2.90 bagi satu item, dan dijangka sampai dalam masa 60 hari..

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

6. Akhir sekali adalah untuk proses pembayaran. Masukkan nombor-nombor berikut untuk buat pembayaran. Pembayaran boleh menggunakan debit kad ataupun kredit kad. Security Code tu adalah nombor 3 digit di belakang kad tu. Pastikan sebelum buat pembelian, korang dah aktifkan transaksi luar negara bagi kad bank korang. Contohnya kalau kad debit Maybank, sila call Maybank untuk benarkan transaksi pembelian secara online. Ia akan valid selama setahun, jadi selepas tahun, kena call semula untuk activate sekali lagi.

Tutorial Bagaimana Membeli di AliExpress

7. Jika payment dah success, korang boleh tengok kesemua detail barang yang korang dah beli tu seperti gambar di atas. Segala maklumat dan juga perkembangan order korang akan diberitahu dalam dashboard ini. Makluman juga akan diberikan melalui email jika barang yang korang order itu telah dihantar.

Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Buat Duit 5 Angka Dengan Dropship Dari Taobao

Tips bagi mereka yang nak cuba membeli…

1.Kalau nak test, cuba beli barang yang sangat murah terlebih dahulu kalau korang takut nak beli secara online.

2.Cuba elakkan beli barangan elektronik melebihi RM500.00 untuk elakkan barangan tersebut ditahan kastam nanti dan elakkan juga barangan yang berbahaya seperti bahan yang mudah meletup atau barang yang mudah rosak.

3.Boleh PM dahulu pembeli tersebut terlebih dahulu jika ada pertanyaan yang mungkin maklumat tersebut tiada pada description dalam laman jualannya. Contohnya kalau korang nak buat dropship, jadi mudah bagi penjual tersebut nak letak nama dalam resit belian itu nanti.

15 Comments

  1. Uyaa June 13, 2017
  2. Diela April 8, 2017
    • reez April 8, 2017
  3. dinsblog July 11, 2016
    • reez July 12, 2016
  4. jida May 29, 2016
  5. Raihanah Ahmad May 23, 2016
  6. titan May 23, 2016
  7. Trendslink May 22, 2016
    • reez May 22, 2016
  8. saps ibu bapa May 21, 2016
    • reez May 22, 2016
  9. renovate rumah May 21, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.