Tutorial Buat Topeng Kertas Zaman Kanak-Kanak

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling best sekali bukan. Dah tentu ramai yang nak kembali ke zaman kanak-kanak. Ramai juga orang dewasa yang bermain permainan kanak-kanak sebab masa kecik dulu tak merasa nak main tu semua. Mungkin dikawal ketat oleh mak ayah.

Kali ni aku cuba nak bagi tutorial buat topeng kertas. Kebetulan sebenarnya masa aku tengah jalan-jalan kat timeline twitter ternampak imej ni kat timeline. So aku pun try le post kt FB kot ada yang masih ingat lagi topeng ni.

topeng kertas

Ramai rupanya yang pernah buat topeng ni dan main masa kecik-kecik dulu. Untuk tak menghampakan, aku bagi tutorial cara nak buat topeng ni. Korang boleh buat topeng ni untuk diri sendiri ataupun buat untuk anak-anak main.

Memang lebih seronok kalau dapat buat sendiri..cuma cara nak buat pistol kertas tu je aku tak berapa reti nak buat. Mungkin aku akan buat nanti satu lagi tutorial kalau aku ingat..hehe

Ok, jom kita buat topeng kertas..

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

1.Pertama sekali korang kena cari kertas surat khabar. Lebih elok kertas surat khabar yang kecil tu. Macam surat khabar Metro seperti dalam gambar.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

2. Kemudian ambil gunting dan keratkan kepada dua bahagian. Kerat di bahagian tengahnya supaya terbelah dua seperti dalam gambar.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

3. Lipat kepada dua bahagian. Pastikan sama.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

4. Buka kertas yang telah dilipat tersebut dan lipat bucu kertas tersebut seperti dalam gambar.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

5. Setelah selesai, lipat lagi kertas tu sampai jadi seperti dalam gambar di atas.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

6. Temukan kedua-dua bucu tersebut dan lipatkan menjadi seperti ini.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

7. Ambil gunting dan potong bahagian yang akan dijadikan tali topeng tersebut. Jangan potong habis. Ukur terlebih dahulu kepada supaya selesa untuk dipakai. Jangan gunting kecil sangat, nanti senang putus.

tutorial cara nak buat topeng kertas mainan

Hasilnya korang boleh tengok seperti gambar ni.

Tutorial buat topeng kertas ni sebenarnya ada banyak dibuat dit Youtube. Korang boleh tengok tutorial dalam bentuk video di Youtube. Aku malas nak setup video, jadi buat dalam bentuk bergambar sahaja.

Ok tengok tutorial aksi mamat ni buat dalam bentuk video plak ye..

5 Comments

  1. Hairul HIssam January 7, 2017
  2. imnajmi December 31, 2016
  3. sabree hussin December 30, 2016
  4. titan December 28, 2016
    • reez December 29, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.