Video Animasi Best Masa Zaman 90an Yang Masih Syok

Aku lahir pada tahun 80an, jadi tahun 90an merupakan tahun paling seronok sekali masa tu. Hiburan utama yang ada cuma televisyen.

Biasalah kan budak-budak, memang akan layan kartun la jawabnya. Mungkin budak-budak zaman sekarang tak tahu pun wujudnya kartun-kartun best yang aku layan dulu atau mungkin korang juga sekali.

Kalau sekarang ada animasi seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, dan juga banyak kartun anime yang sangat best seperti Naruto.

Tapi masa zaman aku dulu, paling best pun ada masa tu adalah Digimon ataupun Pokemon dan tak lupa juga Dragon Ball.

Kalau komik Dragon Ball dulu, setiap minggu memang tak miss beli. Walaupun adik aku je yang rajin beli..haha..aku masa tu rajin beli majalah Ujang je.

Bagi korang yang mungkin dah lupa tengok siri animasi ni, mungkin akan teringat semula aksi-aksi yang pernah korang buat masa korang kecik.

Animasi Best Pada Zaman 90an Yang Mungkin Korang Tak tahu

1.Flashman

Sebelum datangnya Power Rangers, siri ini paling ditunggu-tunggu setiap petang. Tak sabar nak tunggu super hero Flashman ini keluarkan meriam nak hapuskan penjahat.

Kalau dah lupa, macam mana lagunya, cuba play..

2.Maskman

Siri ini mungkin kurang popular sebab mungkin aksinya agak kurang best daripada Flashman. Tapi sebenarnya lebih kurang je. Tapi aku suka lagi lagu Flashman..haha

3.Slamdunk

Rasanya kartun ni sangat ramai peminatnya. Tambah pula pada masa ni mungkin sukan bola keranjang menjadi sangat popular.

Mana tak nya istilah ‘bola rebound’ yang selama ni aku tak tahu pun dalam sukan bola keranjang, aku boleh tahu beberapa istilah-istilah dalam sukan bola keranjang.

Cuba play lagunya mesti teringat aksi-aksi kartun ini sewaktu zaman 90an dulu kan. Tak cukup tengok di televisyen, komiknya pun menjadi koleksi ramai orang sekarang ni.

4.Shin Chan

Siri animasi ini sejak dahulu sehinggalah sekarang masih evergreen pada semua golongan umur. Aksi seorang budak yang berfikiran seperti orang dewasa dalam keluarganya iaitu Keluarga Nohara memang sentiasa buat orang gelak sakan.

Tambah pula baca komiknya yang mungkin agak ringkas, tetapi padat dengan lawak jenaka yang mampu buat ramai tertawa.

5.SailorMoon

Mungkin ramai yang anggap kartun ini khas untuk perempuan. Tapi aku tengok juga kartun ni sekali sekala sebab seronok tengok kartun-kartun Jepun yang comel-comel 😀

Sudah pastilah kalau ada parti kostum, watak Sailormoon yang paling comel sekali banyak digayakan oleh mereka. Sebab mungkin nampak comel kot.

6. Kamen Rider Black

Dalam banyak banyak animasi yang aku suka ini memberi pengaruh yang sangat kuat masa aku kecil.

Mana taknya, aksi masa dia nak bertukar tu aku tiru dan hafal sampai terbawa-bawa ke sekolah. Konon boleh bertukar jadi Kamen Rider.

Paling best rasanya adalah motosikal canggih tu yang boleh datang sendiri. Sampai modify basikal sendiri jadi macam Kamen Rider Black punya motosikal.

Kemaruk sungguh masa kecik dulu..haha..

Zaman sekarang dah canggih dan moden. Mudah je nak cari kostum watak-watak animasi ini semua. Kalau ada event Cosplay, mesti ramai yang sanggup beli ataupun cari walau dimana saja.

Cakap je nak jadi apa, Son Goku, Sailormoon, Hanamichi Slamdunk ke, Naruto ke semua boleh jadi.

Korang dulu minat watak yang mana satu ye atau ada animasi yang korang suka masa kecik-kecik dulu?

16 Comments

  1. zik October 13, 2017
  2. aziana October 12, 2017
    • reez October 12, 2017
  3. Dedaun Comel October 12, 2017
  4. nikkhazami October 12, 2017
    • reez October 12, 2017
  5. Raihanah October 12, 2017
    • reez October 12, 2017
  6. mrhanafi dot com October 11, 2017
  7. Azhani Azhar October 11, 2017
  8. sabree hussin October 11, 2017
    • reez October 11, 2017
  9. Azzahairi October 11, 2017
    • reez October 11, 2017
  10. jida October 10, 2017
    • reez October 11, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.