Berapa Modal & Keuntungan Bisnes Jual Burger?

Berapa Modal & Keuntungan Bisnes Jual Burger?

Bisnes burger merupakan bisnes yang tidak memerlukan modal yang sangat tinggi.

Jadi sudah tentu ramai yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan burger yang menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia.

Berapa Modal & Keuntungan Bisnes Jual Burger?

Ada banyak jenama yang sangat dikenali di Malaysia seperti Burger Ramly, Burger Otai, Burger Nice dan banyak lagi.

Berapa Modal Nak Buka Gerai Burger?

Untuk membuka gerai burger, biasanya kita memerlukan kelengkapan tertentu untuk menjadikan bisnes burger ini satu realiti.

Nak meniaga burger dah tentu kena ada gerai burger, dapur memasak, meja, lampu, dan perkakas memasak yang lain. Paling senang semua tu boleh dibeli di kedai pengedar produk dapur, gudang, ataupun laman web Mudah.my (untuk peralatan terpakai).

Sememangnya nak berniaga burger ni kena la ada modal. modal pendahuluan adalah sekitar RM5,000 – RM6,000, bergantung kepada jenama dan kualiti peralatan :

  • Purata harga sebuah gerai burger: RM2,000 – RM3,000
  • Purata harga dapur memasak: RM200 – RM500
  • Harga lampu: Sekitar RM50
  • Purata harga peralatan memasak: RM500 – RM800

Selain itu, sediakan juga bajet RM200 – RM400 sebulan, untuk bahan mentah seperti:

  • Roti burger
  • Marjerin
  • Mayonis
  • Keju
  • Serbuk lada sulah
  • Sos cili
  • Sos Worcester
  • Daging lembu dan ayam
  • Telur

Strategi Jual Burger Untuk Dapatkan Jualan

Sebelum berniaga burger, kita harus melakukan survey dimana nak mulakan bisnes burger ni. Cuba pilih lokasi seperti persimpangan jalan di kawasan perumahan, berdekatan kedai Mamak, cyber cafe, rumah flat, ataupun kedai serbaneka. Lokasi seperti ini dikenalpasti antara lokasi ‘panas’ yang boleh menarik pelanggan.

Secara purata kalau dikira sebiji burger dijual dengan harga RM4.00 dan sehari boleh jual antara 30-40 biji sehari. Buat permulaan jangan ambil cuti untuk sebulan secara konsisten boleh dapat RM2400.00 ke RM3000.00.

Berapa Modal & Keuntungan Bisnes Jual Burger?

Jaga kualiti burger yang dijual, resepi burger yang sedap ini tak ramai yang boleh buat. Pakar Bisnes Burger ini mungkin boleh bantu untuk melariskan lagi jualan bisnes burger yang nak dibuat ni.

Secara kasarnya itulah antara kos dan keuntungan yang boleh anda dapat jika melakukan bisnes burger ini.

Pro Dan Kontra Buat Bisnes Burger

Pro

  • Jadual yang fleksibel. Waktu Operasi terpulang kepada anda nak buka dan tutup pukul berapa. Biasanya 8.00 – 10.00 malam merupakan waktu puncak yang paling baik.
  • Merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Hubungan antara masyarakat setempat boleh dieratkan lagi dan jika burger yang dibuat tu sedap, sudah tentu lebih ramai lagi yang akan beli.
  • Jangan lepaskan peluang kalau ada hari sukan, atau hari keramaian, rebut peluang untuk dapatkan tapak gerai jual burger.
  • Pemakaian anda sendiri tetapkan dan pastikan ianya sedap mata memandang.

Kontra

  • Jumlah pelanggan yang tidak menentu: Tak semestinya boleh jual bilangan burger 30-40 biji sehari. Ada banyak faktor yang membuatkan burger tersebut tak dapat dijual.
  • Cuaca: faktor cuaca memang sangat perlu diambil kira. Kalau kena pula musim hujan, anda terpaksa menanggung kerugian pada hari tersebut.
  • Faktor keselamatan: Keselamatan perlu dijaga, jadi pilihlah lokasi yang mana tempat ramai orang dan tidak terlalu sunyi.
  • Tempoh balik modal: Mungkin nak balik modal tu memerlukan masa sedikit. Jadi untuk berniaga burger untuk lebih maju memerlukan keazaman dan kecekalan yang tinggi.

Jadi kepada mereka yang ingin memulakan bisnes burger, diharapkan entri ini berguna kepada anda.

Tiada jalan singkat sebenarnya nak berjaya. Cuba dapatkan Ebook Bisnes Burger ini yang sudah terbukti memberikan panduan terbaik kepada mereka yang nak maju dalam bisnes burger.

Klik dan dapatkan sekarang Ebook Bisnes Burger

Leave a Reply