Internet TIME Kini Lebih Laju & Lebih MURAH!

Internet TIME Lagi Laju Lagi Murah

Kelajuan Internet TIME sudah ada 1Gps!!

Pertama kali dalam sejarah kelajuan internet di Malaysia aku tengok kelajuan macam ni punya laju korang boleh dapat. Apa yang penting, jauh lebih murah daripada penyedia Internet yang sedia ada di pasaran tu.

Internet TIME Lagi Laju Lagi Murah

1Gps bersamaan 1000mbps iaitu 10 kali ganda daripada 100mbps..hurm..Aku pernah mendapat speed sehingga 98mbps pun dah kira laju sangat, inikan pula 1000mbps plak kan.

Internet Lebih Laju & Lebih Murah dengan TIME

Pada 7 Oktober 2018 yang lalu TIME Internet telah melancarkan perkhidmatan internet broadband paling laju di Malaysia iaitu sehingga 1Gbps.

Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri kita yang inginkan sebuah negara berteknologi tinggi menuju Wawasan 2020 iaitu menuju ke arah negara maju.

Jadi kelajuan internet sangat memainkan peranan penting untuk memacu ekonomi negara setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Kalau korang nak tahu, pakej-pakej internet yang TIME sediakan memang sangat berbaloi untuk dimiliki:

Pakej Internet TIME 2018

Pakej 100mbps (RM99.00)

-Cuma RM99.00 sahaja anda boleh mendapatkan talian internet broadband dengan kelajuan sehingga 100mbps. Rasanya tiada talian lain yang mampu menandingi TIME buat masa ini kan.

Pakej 500mbps (RM139.00)

-masih lagi murah dan berbaloi untuk dimiliki. Ingat lagi dulu aku pernah mendaftar talian internet cuma 8mbps dengan kadar RM150.00 sebulan. Nampak kan jauh sangat beza kelajuan tu…

Pakej 1Gps (RM199.00)

-Jika inginkan pakej yang berdesup laju ni, harganya masih lagi berbaloi untuk dimiliki. Tawaran dari TIME ini memang sangat sukar sekali untuk dilepaskan bukan?

Semua pakej yang disediakan oleh TIME terikat dengan kontrak selama 24 bulan sahaja.

Klik Di Sini untuk mengetahui lebih info berkenaan TIME Fibre Home Broadband

Kenapa Perlu Internet Sampai 1Gps?

Zaman teknologi sudah berkembang dan segala-galanya menggunakan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi. Daripada online gaming, online conferencing, video call dan banyak lagi memerlukan kelajuan internet yang tinggi.

Kementerian Belia dan Sukan dibawah pimpian YB Syed Saddiq sendiri menggalakkan remaja untuk bergiat secara aktif dalam bidang sukan Elektronik atau e-Sports yang mungkin suatu hari nanti melahirkan ramai jaguh dari Malaysia.

Bukan itu sahaja, Virtual Reality, Online Streaming juga sudah mula digunakan secara meluas. Dapat kita lihat boleh dikatakan kesemua rancangan sukan kini menggunakan Live Streaming supaya rating stesen TV mereka lebih tinggi berbanding yang lain.

Apa Beza TIME Dengan Internet Provider Yang Lain?

Banyak bezanya..paling ketara sekali adalah dari segi kelajuan dan juga harga yang memang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana penyedia internet di Malaysia ini.

Cuba lihat gambarajah di bawah ini untuk melihat perbandingan.

Perbandingan ISP

Perbandingan TIME Broadband

Sememangnya TIME memberikan kelajuan internet yang sangat luar biasa dengan harga yang tidak dapat ditandingi bukan?

Mungkin sudah tiba masanya anda untuk berubah kepada TIME dan memiliki talian internet yang LEBIH LAJU & MURAH daripada sekarang. Tawaran yang TIME buat ini mungkin TERHAD disebabkan harganya yang sangat MURAH!

Jika anda berminat untuk mendaftar, sila daftar secara ONLINE sahaja melalui laman web TIME supaya offer yang ditawarkan ini adalah valid.

Tawaran TERHAD ini mungkin tidak akan ada lagi di masa-masa akan datang. Cuba bayangkan talian internet 100mbps boleh dapat tidak sampai RM100 sebulan? Memang hebat sekali tu…

Daftar sekarang melalui laman web TIME dan pilih internet SUPER LAJU anda tanpa menoleh lagi!

2 thoughts on “Internet TIME Kini Lebih Laju & Lebih MURAH!

Comments are closed.