Masalah DJI Osmo Tak Boleh On

Masalah DJI Osmo Tak Boleh On

Bagi korang yang menggunakan peranti dari DJI tentu cuak juga kalau tiba-tiba DJI OSMO yang korang beli mahal-mahal tu tak boleh nak on. Bateri dah cas full dah kan. Tapi masih lagi tak boleh nak on.

Sememangnya aku pun cuak juga sebenarnya, tapi berlagak cool juga sebab mungkin penyelesaiannya ada di internet.

Masalah DJI Osmo Tak Boleh On

Ya memang ada!

Bagaimana Cara Nak On Semula DJI OSMO?

Biasa dilakukan oleh semua orang, lepas cas bateri secara full, masukkan bateri dan tekan ON, terus menyala lampu dan terus setting untuk shoot video ataupun foto. Kalau tiada apa-apa lampu yang menyala, memang menjadi satu masalah kan?

Antara sebab terjadinya perkara tersebut adalah:

1.Memang DJI OSMO korang tu rosak.

2.Masalah Bateri.

3.Korang memang noobie user aka baru nak kenal alat ni dan tak tahu nak guna dengan cara yang betul.

4.Connecter pada bateri tidak rapat.

Apa yang korang perlu buat untuk selesaikan masalah ini adalah seperti berikut:

1.Masukkan semula bateri.

2.Tekan button Record+Photo+Power Slide

3.Tunggu beberapa ketika..jangan tunggu sampai esok eh…

4.Korang akan nampak blinking..kalau tak nampak?

5. Langkah seterusnya, cabut semula bateri.

6.Masukkan semula dalam ruangan bateri.

7.Biarkan penutup terbuka, tekan sedikit bateri supaya rapat mengenai connecter di dalam, dan sambil tu korang cuba slide ON untuk menghidupkan OSMO yang seakan-akan mati tadi.

Cara-Cara Di Youtube

Kalau semua cara ni tak jadi, memang cara lain korang kena hantar ke DJI Center.

DJI Center Malaysia

DJI Center di Malaysia kalau korang search akan keluar dua office ni je. Setakat ni memang aku tak pernah lagi pergi ke sini. Kalau sesiapa yang ada di KL tu mungkin senang nak ke sana ye tak?