Strategi Best Buat Bisnes Di Shopee Yang Ramai Tak Tahu

Bisnes Shopee

Mereka yang nak buat bisnes di Shopee ni ada ramai. Tapi tak ramai sebenarnya tahu strategi-strategi yang perlu disusun untuk dapatkan income yang steady di Shopee ni.

Perkara pertama yang mungkin menjadi tanda tanya ramai yang lain nak buat bisnes Shopee ni adalah..Nak Jual Apa?

Jangan risau…

Ada dua strategi utama sebenarnya untuk buat duit di Shopee ni…

Apa 2 Strategi Bisnes Di Shopee Ni?

1.Jual Barang Sendiri Di Shopee Anda Tentukan Keuntungan

Bisnes di Shopee ni ada dua jenis, iaitu sama ada anda menjual produk yang anda ada sendiri, dan poskan sendiri kepada pelanggan.

Jadi keuntungan anda yang tentukan berapa termasuk modal. Cuma mungkin banyak la juga kerja nak dibuat pada permulaan untuk mendapatkan stok.

Contoh paling mudah, anda borong barang dari China, dan jual dengan harga untung di Shopee dengan kadar keuntungan yang anda telah kira sendiri.

2.Dropship Barang Orang Lain, Untung Ditentukan Oleh Dropshipper

Cara ini sebenarnya paling popular dan tidak banyak kerja. Anda hanya pastikan ada sales dan semuanya diuruskan oleh pihak dropshipper.

Walaupun cara ini bagus, tetapi anda perlukan modal bergantung kepada harga kos item tersebut sebelum payment anda dilepaskan oleh Shopee setelah pembeli menerima barang mereka.

Jika tidak anda tidak boleh order barang daripada dropshipper anda untuk dihantar kepada pelanggan yang telah order.

Masalah timbul apabila anda tidak tahu bilangan stok yang tinggal dan jika habis, anda tidak dapat lagi menjual. Tambah lagi masalah apabila dropshipper itu tak hantar pun barang kepada pelanggan.

Kerugian anda akan tanggung sepenuhnya. Tiada kawalan terhadap stok barangan.

Apa Barang Best Nak Jual Di Shopee?

Nafsu membeli barang di Shopee ni bergantung kepada keperluan sebenarnya. Golongan lelaki lebih suka kepada aksesori kereta, perempuan suka kepada aksesori pakaian dan sebagainya.

Jadikan penyebab ini sebagai satu idea untuk anda lakukan survey untuk dapatkan idea barangan apa yang mudah untuk dijual di Shopee.

Mungkin boleh mulakan dengan modal yang kecil seperti RM500.00 terlebih dahulu, cuba untuk borong barang tersebut dari China dan lipat gandakan keuntungan dari harga kos yang murah!

Ada seorang sahabat pernah mendapat keuntungan yang sangat tinggi hanya dengan menjual sarung kunci sahaja. Apa yang penting adalah kajian barangan yang mendapat demand yang tinggi.

Nampak macam biasa je item yang dijual, tapi sangat laris sehinggakan dia terpaksa tambah stok dan menjual aksesori lain yang dirasakan boleh dijual dengan larisnya.

Teknik kajian ini sebenarnya tak ramai tahu. Bagi yang dah berpengalaman, perkara ini sangat mudah dan hanya tersenyum sahaja buat duit mudah di Shopee.

Mungkin bagi lepasan SPM yang minat dengan bisnes tudung boleh mulakan bisnes tudung jenama sendiri terlebih dahulu. Untuk nampak lebih unik, tambah pula nak buka sekolah nanti, jual pula tudung untuk kanak-kanak.

Nampak kan? Ada permintaan di situ yang mungkin ramai tak nampak peluang yang ada.

Fikirkan disekeliling anda yang mana ada masalah-masalah yang boleh anda selesaikan dengan produk anda di Shopee.

Paling mudah untuk jual adalah untuk golongan wanita kerana golongan ini paling ramai membeli di laman Shopee berbanding lelaki yang mungkin beli barang yang perlu sahaja.

Kalau masih buntu dan tak tahu bagaimana nak buat kajian barang apa yang boleh buat untung besar berniaga di Shopee ni, boleh cuba dapatkan Ebook Bisnes Shopee.

Dalam Ebook Bisnes Shopee ini anda akan diterangkan bagaimana meningkatkan lagi keuntungan di Shopee dengan menggunakan teknik-teknik yang beliau sendiri praktikkan.

Bisnes Shopee

Jadi Dapatkan Ebook Bisnes Shopee sekarang supaya anda dapat buat duit di Shopee dengan lebih banyak lagi dan tak perlu pening dah nak tambahkan pendapatan tambahan.

Klik Di Sini Untuk Dapatkan Ebook Bisnes Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge