9 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Baru

Rumah baru atau yang masih dalam fasa pra-pembinaan biasanya menjadi pilihan kebanyakan pembeli rumah. Tengok sajalah seksyen new house for sale atau rumah baru untuk dijual di PropertyGuru dan anda akan nampak banyaknya projek perumahan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan.

Orang ramai juga tertarik dengan projek-projek ini disebabkan mereka berminat dengan ciri moden dan keupayaan untuk mengubahsuai semasa proses pembinaan sedang berlangsung.

9 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Baru

Bagaimanapun, pembeli, dek kerana terlalu teruja dengan rumah baru dan prospek kehidupan yang baru, biasanya terlepas pandang beberapa perkara penting. Di sini ada 9 perkara yang perlu anda tahu semasa membeli rumah baru.

1.Membeli Rumah Separuh Siap

Banyak projek pembangunan di luar sana yang masih dalam pembinaan. Pastikan anda simpan sikit rasa ragu-ragu walau sebaik mana pun tawaran yang anda dapat.

Dalam dunia yang tak menentu, ada kemungkinan anda akan membeli rumah di projek pembangunan atau komuniti yang tak akan siap – atau mengambil  masa yang lama untuk siap.

Kemungkinan paling teruk, walaupun jarang: Anda membeli rumah yang tidak boleh dijual di kawasan komuniti yang tidak siap.

Mungkin ia tawaran yang tampak hebat sekarang, tapi ia akan menyukarkan anda untuk berpindah sebelum komuniti pembangunan itu siap sepenuhnya.

Anda perlu bertanya soalan khusus berkenaan lot yang telah dijual dan berada di bawah kontrak. Anda juga tidak perlu menjadi yang terawal dari 50 pembeli dan cuma perlu beli bila sudah ada lebih jaminan dan kepastian.

2.Terpukau Dengan Kecantikan Rumah Model Yang Indah Khabar Dari Rupa

Nak tahu rahsia penjualan rumah baru? Jika anda membeli rumah pra-pembinaan, selalunya anda takkan nampak rumah atau unit anda. Yang ada hanyalah model atau prototaip yang lebih kurang sama dengan pelan lantai rumah atau pangsapuri yang anda ingin beli.

Model Rumah itu biasanya dihias dan didekorasikan dengan cantik. Pemaju menggunakan pelbagai teknik untuk membuatkan model rumah itu nampak besar dari keadaan sebenarnya.

Selalunya juga, model rumah itu dilengkapi perabot yang lebih kecil untuk menampakkan ruang yang besar. Contohnya, bilik tidur biasanya dilengkapi tilam berkembar dan bukannya bersaiz King atau Queen seperti yang selalu kita guna.

3.Mengikut “Angin” Rumah Model

Pembina biasanya menggunakan stu teknik di rumah model mereka untuk mewujudkan suasana aliran angin dengan mengelauarkan semua pintu di dalam rumah bagi mewujudkan suasana ruang yang lebih luas dan terbuka dan dijamin anda tak pernah sedar akan hal ini.

Jangan biarkan helah pintu itu menghantuk kepala anda! Pastikan anda bayangkan ruang rumah itu bila pintu itu ada dan dalam keadaan tutup!

4.Tidak tahu Apa Yang Termasuk vs. Tambahan dan Penambah-baikkan

Apa itu tambahan? Ketahui apa penambahbaikan – yang termasuk – dan tidak termasuk dalam harga yang ditawarkan kepada anda. Contohnya, anda mungkin rasa anda ditawarkan tawaran yang menarik, tapi perkara biasa yang anda tidak tanya adalah adakah ruang bawah tanah dan pakej dapur gourmet ditawarkan sekali?

dan, oh ya, Bilik mandi raga juga tidak termasuk pakej asas anda.  Sebaik saja anda tambah semua elemen “wow” ini, harganya pasti melambung melebihi tahap kemampuan anda.

5.Pesta Beli-belah Untuk Ubahsuai

Fikir teliti apa dan banyak mana yang perlu diubahsuai. Tentukan mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Sama seperti perniagaan runcit, tukang rumah mendapat keuntungan dari ubahsuai.

Jangan terikut dengan trend dan habiskan bajet anda dengan tetingkap panel berkembar berjenama (lengkap dengan peneduh yang ditempah khas).

6.Tidak Mendapatkan Klausa Tamat Pembinaan

Bila nak siap? Bila membeli rumah yang masih dibina , anda sebenarnya berada di bawah belas garis masa pemaju, Bilakah tarikh siap rumah itu? Adakah ia selari dengan keperluan anda?

Pastikan anda ada klausa pembatalan dan pulangan wang jika pemaju gagal menyiapkan rumah dalam jangka masa yang diberikan,

7.Tidak Mempedulikan Fasa sebelumnya

Anda mencari rumah di kawasan pembangunan fasa kedua? Cuba tinjau fasa pertama. Anda mungkin terlepas tawaran yang lebih baik. Dan anda juga mungkin terlepas maklumat berkenaan pemaju yang mungkin sangat berguna.

Jika anda membeli rumah di kawasan pembangunan fasa kedua atau lebih, lebih elok anda bertanya bakal jiran-jiran anda di fasa pertama. Senangkah berurusan dengan pemaju? Ada cadangan? Nasihat?

Sebagai tambahan, perhatikan jika kejiranan di fasa satu sudah pun lengkap, dengan seni taman dan sudah tentu, rumah yang siap. Anda mungkin lebih sukakan suasana itu dari suasana rumah yang dipenuhi jengkaut, pokok tang baru bertunas, dan debu pembinaan.

8.Tidak Teliti Dalam Meninjau Rumah Dan Kejiran Sekeliling

Bila membeli rumah baru atau yang masih lagi sedang dibina, anda dibenarkan memilih lot dan lokasi rumah anda. Tapi bolehkah anda bayangkan kejiranan yang lengkap?

Adakah rumah sebelah akan menghalang pemandangan anda? Berapa hampirkah jirang anda dengan anda? Adakah ruang tamu anda akan menghadap bilik mandi utama jiran anda?

Pastikan anda fikirkan semua itu. Anda juga patut fikirkan keadaan sekeliling. Adakah kawasan kejiranan yang cantik dan mewah ini dikeliling kejiranan yang “agak kasar”?

Anda mungkin tinggal di kawasan berpagar, tapi kawasan sekeliling itu juga adalah sebahagian daripada tempat tinggal anda. Pastikan anda sukakannya.

9.Mengetepikan pemeriksaan

Hanya disebabkan anda membeli rumah baru yang sedang dibina dari awal, tidak bermaksud anda boleh mengetepikan proses pemeriksaan semata-mata untuk berjimat.

Sebaliknya, adalah sesuatu yang baik untuk mendapatkan pandangan pakar berkenaan rumah baru kita. Dan jika boleh, dapatkan orang untuk periksa rumah yang sedang dalam proses.

Dapatkan mereka yang mampu mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin berlaku. Biasanya anda boleh mengupah inspektor atau kontraktor luar untuk singgah di hartanah anda dan membayar mereka dengan kadar per jam. Ia memang berbaloi.

10 Comments

  1. saps ibu bapa February 5, 2017
  2. siti hazreen February 4, 2017
  3. Ibu Zarith January 22, 2017
  4. Ummi Hanie January 16, 2017
  5. riangria January 15, 2017
  6. nikkhazami January 15, 2017
  7. Madam Affiliate January 15, 2017
  8. sabree hussin January 12, 2017
  9. raihanah January 12, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.