Dah Lama Nampak Tak Update Blog Kan

Kalau tengok tajuk blog ni, dah tahu dah memang ramai yang akan buat blogpost macam ni sebab tak tahu nak tulis apa sebenarnya.

Walaupun banyak perkara aku nak tulis dalam blogpost, tapi banyak yang tak kesampaian.

Sebab banyak yang jadi Whatsapp status daripada jadi blogpost. Mungkin sebab faktor malas nak tulis panjang-panjang.

Blog Abang Cendol kita ni pun dah sepi dah sejak dah berbini eh beranak dua ni kan. Kalau tengok last blogpost dia tu pun Jun 2018.

Mungkin sibuk concentrate kat blog-blog dia yang lebih profitable agaknya kot.

Aku walaupun banyak perkara nak cerita, apa perkembangan dan juga apa yang aku buat sekarang ni…kalau nak cerita memang banyak.

Ada dikalangan pembaca blog aku juga kata lama aku tak cerita tentang tempat makan. Memang ada tempat makan yang aku dah pergi dan aku saja tak tulis dalam ni.

Mood blogging tu mungkin dah kurang hangat berbanding dulu. Faktor usia kot dan makin banyak kerja di pejabat dan juga perkara lain yang mungkin buat aku rasa takde masa nak berblogging.

Tengok last punya entri pun bulan lepas. Sebulan sekali je tulis. Tak ke malas juga namanya tu..hehee.

Tapi alhamdulillah la juga, ada juga komisen affiliate yang masuk hasil dari blogpost blog ni juga.

Ada dua tiga projek aku terpaksa hold dulu dan Insyallah akan jalan semula bila tiba masanya nanti. Sekarang nak fokus pada perkara-perkara offline terlebih dahulu.

Paling penting tak lama lagi aku nak pindah rumah juga. Satu lagi kesibukan.

Nampak macam senang je kan pindah rumah. Tapi banyak sebenarnya perkara nak buat sebelum dan sesudah pindah rumah nanti.

Ok lah macam dah panjang sangat aku membebel takde isi dan value pun.

At least orang tahu juga aku masih lagi nak berblogging daripada biarkan blog ini tak bertulis sampai 3-4 tahun. Kalau nak stop senang je, aku tak payah nak bayar hosting blog ni..habis..

One thought on “Dah Lama Nampak Tak Update Blog Kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *