Percutian Bajet ke Thailand

Percutian Bajet ke Thailand

Bila sebut pasal Thailand ni, dalam kepala aku banyak je tempat yang boleh pergi. Yelah Thailand ni kan one of negara yang dekat dengan kita.

Malahan ada tempat yang kita boleh pergi dengan train atau bas je. Memang kena pandai planning mengikut bajet dan keselesaan sendiri.

Percutian Bajet ke Thailand

Hari tu aku try buka website Traveloka, lepas tu nampak cheap Emirates flight, ingat boleh lah sapu 1 untuk ke tempat yang jauh sikit, tetapi apakan daya duit dalam bank tak mampu nak support pergi jauh-jauh ni.

So, aku pun nak book cheap flights to Bangkok je sebab rasa tu macam on bajet lagi. Siap boleh enjoy lagi puas-puas kot nanti.

Tetapi aku tak beli lagi tiket sebab nak tunggu Airasia buat promo lagi, member aku cakap Airasia ada je buat promo 24 jam lah 48 jam lah untuk ke Thailand.

Just tunggu dan stand by duit jelah untuk grab nanti bila dah ada. Hah lupa nak mention, kalau korang ada plan nak pergi tempat jauh-jauh tu boleh cuba guna Traveloka sebab memang berbaloi dengan harga dan servis yang kita dapat.

Majority flight dah include luggage dan meal, malah korang boleh terus cari hotel dan tiket untuk aktiviti-aktiviti yang korang dah plan.

Apa bestnya Bangkok ni? Hah aku pun tak tahu. Hahaha Okay gurau je. Aku selalu dengar orang pergi Hatyai, Krabi dengan Phuket tetapi jarang sikit lah aku dengar member-member aku pergi Bangkok. Mungkin ada tetapi tak ramai sangat.

Jadinya aku try jugalah cari tempat-tempat menarik di Bangkok ni. Rupanya banyak sangat tempat yang boleh kita lawati kalau kita sampai sini berbanding kalau kita pergi Hatyai mahupun Krabi.

Yelah Bangkok ibu negara Thailand kot, takkan lah tak ada apa-apa dekat situ kan. Aku share lah sikit 5 tempat yang aku plan nak pergi dengan bajet yang minimum nanti. Antaranya adalah seperti:

Grand Palace

Grand Palace, Bangkok

Rugi kalau kita dah sampai tempat orang, kita tak pergi tempat-tempat bersejarah mereka. Tidak payah banyak cukup pilih 2-3 tempat pun dah cukup memuaskan hati.

Grand Palace ni merupakan salah 1 tempat bersejarah di Bangkok yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Istana yang dibina pada 1782 ini wajib untuk pergi nanti kalau dah sampai Bangkok.

Wat Pho

Wat Pho

Ia merupakan kuil yang tertua di Bangkok. Uniknya tempat keagamaan bagi penganut agama Buddha ni, kecantikannya masih dijaga dengan baik.

Melalui sedikit pembacaan aku, untuk ke sini akan dikenakan bayaran sebanyak 100bath dalam RM13 bergantung kepada currency kitalah. Okay apa? Murah kan.

Bangkok Art and Culture Centre

Bangkok Art and Culture Centre

Ini merupakan tempat pameran pelbagai jenis art di Bangkok. Untuk yang berjiwa seni tu, boleh lah datang ke sini.

Aku walaupun bukanlah berjiwa seni sangat, tetapi aku memang plan nak ke sini sebab ruang yang ada dalam Bangkok Art and Culture Centre ni memang dipenuhi dengan pelbagai jenis pameran yang menarik untuk kita hargai hasilnya.

Lumpini Park

Lumpini Park

Untuk insan-insan yang sedang mencari ketenangan ketika travel boleh lah untuk ke sini. Kehijauan Lumpini Park ni memang akan memberikan ketenangan kepada kita.

Petang-petang lepas dah penat berjalan ke serata tempat di Bangkok, nak rehatkan minda dan nak berekreasi secara santai, tempat ni sangat-sangat sesuai untuk kita. 

Pasar Terapung Damnoen Saduak

Pasar Terapung Damnoen Saduak

Uniknya pasar ini ia berada di atas sampan bukan seperti pasar-pasar biasa yang kita pernah jumpa. Malahan di sini bukan sahaja menjual makanan, cenderamata juga boleh kita dapati di sini.

Kalau tak nak membeli pun, kita boleh lihat sendiri suasana yang jarang boleh kita dapat di Malaysia. Tetapi kalau aku, memang aku akan membeli juga walaupun 1 benda sebab nak rasa sendiri pengalaman tu.

Okay ni 5 tempat yang ada dalam planning aku buat masa ni. Semestinya ke semua tempat ini tidak menelah belanja yang besar sesuai dengan bajet plan aku.

Prinsip aku senang, walaupun kita nak travel dengan low cost, pastikan kita travel dengan puas. Jadi memang kena rajin sikit lah buat research tempat-tempat menarik tetapi percuma atau tiketnya murah.

Pasti ada punya kalau kita pandai cari. Susunlah tempat-tempat tersebut mengikut jarak bagi memudahkan pergerakan kita nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *