Malaysia Best Blog 2015

Pilihan 10 Malaysia Best Blog 2015 sebenarnya agak susah juga aku nak buat. Sebabnya aku sendiri pun tak berapa nak pasti adakah blog itu best? Best dari segi apa tu, rasanya itu adalah pilihan aku sendiri. Best dari segi SEO? Penulisan? Income dari Blog? Peserta Contest Malaysia Best Blog 2015 pun ramai yang sudah menghantar penyertaan mereka dengan pelbagai list blog yang begitu mengkagumkan. Ada juga blogger yang aku tak pernah kenal dari dulu sampai la sekarang.

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog

Disebabkan nak terhadkan blog di Malaysia, nampaknya aku kena pilih sendiri mana yang terbaik. Kalau luar negara tu banyak juga. Sebab masa dulu selalu juga lawat blog-blog yang amat best ni. Best sebab mereka sentiasa menjadi bahan rujukan kepada blogger-blogger lain dari seluruh dunia.

Senarai Malaysia Best Blog 2015 Pilihan Saya

Topotato

Blog ni kalau korang pernah baca dulu, memang menjadi salah satu favourite aku baca. Aku pun tak tahu kenapa owner Topotato ni masih lagi membiarkan blognya disitu tanpa diupdate, last update pun tahun 2012 yang lepas. Apa nak jadi le kan dengan dia ni kan. Aku suka dengan gaya penulisan beliau yang aku rasa sangat kelakar dan rasa macam bersembang je dengan beliau tu.

Kujie2

Blog makcik blogger yang senang dipanggil Kak Jie ni memang seorang yang best. Blognya sentiasa menjadi rujukan ramai orang. Dikala santai di ofis, aku jenguk blog makcik ni sebab dia selalu update pasal kucing dia tu sebab aku pun bela kucing juga. Banyak gak info aku dapat dari blognya walaupun nampak macam biasa-biasa jek.

Bluedianthus

Seorang awek blogger dari negeri di bawah bayu ni salah seorang blogger underground yang aku cukup kagum juga. Memang lama sungguh dia jadi blogger dan Bluedianthus ni salah seorang orang lama juga dalam dunia blogging. Mungkin dia pun senyap-senyap je membawa haluan sendiri. Kalau tengok pada blogpost dia pun dah jarang update, mungkin bizi dengan pelbagai hal lain.

Sabahan.com

Blogger ini lama juga bertapak di Malaysia.Salah seorang blogger yang rasanya sudah menjana banyak profit dari blognya. Salah seorang otai dalam bidang affiliate dan juga Adsense. Tengok je blognya walau lama tak update, masih lagi mempunyai Page Rank yang amat baik. Sabahan.com, rasanya bila ada update dari blognya tu ye.

Liewcf.com

Merupakan antara top favourite blog aku pada tahun 2006-2009 dulu. Masa tu memang aku tengah gila dengan Adsense. Liewcf.com ni memberi inspirasi kepada aku untuk berjaya dalam dunia blog. Tengok saja blog dia yang simple, tapi siapa tahu, income dari blog dia sahaja mungkin di luar jangkaan korang. Paling otai setakat ni yang aku tahu.

Wizurai

Blog yang lama juga dan bagi aku masih lagi best untuk dibaca, tapi lagi best kalau dia update blog dia tu sekarang. Mungkin Wizurai ni dah buat blog yang lain. Sudah terbina sejak 2003, memang menjadi salah satu blog rujukan aku dulu untuk aku berblogging.

Rohaizad

Salah seorang sifu aku dalam dunia blogging. Sebab dia lah aku masih lagi bersemangat nak berblogging sebab ilmu yang aku dapat dari dia, macam tak habis-habis. Rohaizad ni baru je kahwin, tapi sekarang ni nak mulakan blogging semula, kalau dah nama pun blogger, mana mungkin tinggalkan, ye tak?

Denaihati

Pada mulanya aku memang tak berapa kenal dengan Denaihati ni, tapi apabila aku dah join salah satu event beliau, aku mula sedar, blogger ini mempunyai visi dan misi yang begitu jauh dari blogger lain. Konsep, gaya pemikirannya membuatkan aku rasa kagum, ditambah pula dengan penubuhan Denaihati Network, memang satu keputusan yang tepat.

OhDuit

Walaupun baru pertama kali rasanya aku masuk ke blog ini, tapi aku dapat rasakan yang blog ini ada auranya yang tersendiri. Dapat tahu dari rakan-rakan blogger juga sebenarnya. Diharapkan segala pengetahuan yang dikongsikan oleh Ohduit sentiasa dijadikan rujukan untuk ramai lagi blogger di luar sana.

Broframestone

Mamat ni merupakan junior aku di sekolah dulu. Nama Broframestone ni tak asing lagi rasanya di dalam dunia blogger di Malaysia. Mana taknya, banyak event-event yang melibatkan blogger-blogger ternama mesti ada mamat ni. Memang seorang yang cekal dalam memastikan blognya sentiasa mendapat perhatian oleh ramai orang di luar sana terutamanya para pengiklan. Memang berpengaruh sungguh dia ni kan?

Penyertaan untuk contest Malaysia Best Blog 2015 ni masih lagi dibuka untuk ramai lagi blogger memenanginya. Peluang aku nak menang tu memang amat tipis, sebab biasanya kalau contest SEO, 99% peluang kalah tu adalah tinggi. Bukan terer mana bab SEO pun, setakat basic SEO je boleh la kan. Lagipun banyak belajar dari otai-otai SEO, mana mampu nak lawan otai-otai ni kan?

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

Yeo’s Sitkom Blog Kontes
Jom Aktifkan MyKad

47 Comments

  1. kempiskanperutbuncit June 3, 2015
  2. Uncle Zuan April 19, 2015
    • reez April 19, 2015
  3. Zul February 24, 2015
  4. BloggInspired February 24, 2015
  5. ikaa February 23, 2015
  6. onlajer February 14, 2015
  7. nikkhazami February 9, 2015
  8. Khairul Zamri February 8, 2015
  9. hazman aka species1980 February 7, 2015
    • reez February 7, 2015
  10. Amirul February 2, 2015
  11. Mek Zumbie February 2, 2015
  12. Halim Brothers February 2, 2015
  13. cik sepet January 30, 2015
  14. Ruby.MY January 30, 2015
  15. Dulu Lain Sekarang Lain January 28, 2015
  16. Si bongkok January 27, 2015
  17. hafiz January 26, 2015
  18. Azwan January 24, 2015
  19. BM January 22, 2015
  20. ZOOL January 21, 2015
    • reez January 22, 2015
  21. Mohd Azuan January 21, 2015
  22. Aretikz January 21, 2015
  23. Abdfatah January 20, 2015
  24. yoorin January 20, 2015
  25. OhDuit January 20, 2015
  26. Afiq January 20, 2015
    • reez January 20, 2015
  27. AUC January 19, 2015
  28. emalinmohd January 19, 2015
  29. titan January 19, 2015
    • hafizmd January 19, 2015
  30. blogger lelaki January 19, 2015
    • hafizmd January 19, 2015
      • blogger lelaki January 21, 2015
        • reez January 22, 2015
  31. anuar January 19, 2015
    • reez January 19, 2015
      • hafizmd January 19, 2015
        • reez January 19, 2015
  32. Tejaoo January 19, 2015
  33. AZENI AHMAD January 19, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

CLOSE
CLOSE