5 Dash Cam Mampu Milik Malaysia

“Dash cam” atau Kamera Dashboard bagi kereta dah tentu menjadi antara salah satu gajet yang mesti dimiliki oleh ramai pemandu kereta di luar sana.

Tapi adakah dash cam ini merupakan satu keperluan pada masa sekarang?

Kalau tengok di Facebook, tentu ramai yang pernah tengok pelbagai jenis video kemalangan yang dirakam melalui dash cam.

Jadi ianya berguna untuk merakam aksi-aksi yang mungkin tak dapat dirakam secara spontan. Takkan nak keluarkan kamera handphone semasa sedang memandu?

Bagi mereka yang nak ingin mencari kamera dashboard atau dash cam mampu milik di Malaysia, mungkin 5 jenis dash cam ini boleh menjadi pilihan untuk dibeli.

1. XIAOMI XiaoYi Yi

XIAOMI XiaoYi Yi

Boleh tengok video review yang ada di Youtube mengenai dash cam mampu milik ini. Harganya cuma RM179.00 sahaja dan mempunyai kualiti video Full HD 1080p.

Sudah cukup bagi mereka yang inginkan kualiti video yang terbaik. Ada yang kata tak berapa best sebab tiada dalam English version. Mungkin pada masa artikel ini diterbitkan, English version telah dikeluarkan.

Tambah menarik, ianya mempunyai fungsi Wifi supaya anda boleh lihat video menerusi phone anda sahaja.

2.Xiaomi Mijia

Xiaomi Mijia

Xiaomi Mijia merupakan satu lagi dash cam keluaran Xiaomi yang sangat berkualiti. Apa yang membezakan antara dua version ini adalah angle kameranya yang lebih luas berbanding XiaoYi Yi iaitu 160 darjah lebih lebar.

Pilihan di tangan anda nak pilih yang mana satu ikut bajet.

Antara feature menariknya adalah ianya mempunyai kualiti video yang baik pada waktu malam dengan sokongan ‘night vision’.

3.GOQ D208 Car Rearview Dual Camera DVR Dash Cam

GOQ D208 Car Rearview Dual Camera DVR Dash Cam

Dash cam jenis ini pula anda boleh dapat 2 dalam satu. Anda boleh dapat cermin pandang belakang sekali. Video akan dipaparkan pada cermin tersebut.

Canggih bukan?

Harganya agak sedikit mahal,tapi anda boleh dapat kualiti video yang sama juga dapat sekali cermin pandang belakang.

4.Transcend DrivePro 220 Car Video Recorder Wifi GPS

Transcend DrivePro 220 Car Video Recorder Wifi GPS

Dash cam jenis ini mungkin agak mahal, tapi agak berbaloi untuk dibeli.

Selain daripada mempunyai kualiti video HD yang sama seperti dash cam lain, tetapi apa yang menariknya adalah dash cam ini mampu memberi kualiti video yang baik pada waktu malam tidak seperti dash cam yang lain.

Boleh lihat pada  minit ke 15.00 di mana anda boleh lihat sendiri kualitinya pada waktu malam. Memang bagus bagi mereka yang inginkan kamera dashboard berkualiti tinggi.

5.NAKAMICHI ND28 2.7″ 1080P Full HD DVR Car Dash Cam

NAKAMICHI ND28 2.7 1080P Full HD DVR Car Dash Cam

Satu lagi dash cam mampu milik yang mungkin menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bentuknya nampak teguh dan mempunyai skrin paparan yang lebar iaitu 27 inci.

Boleh lihat sendiri kualiti video bagi dash cam ini menerusi video Youtube.

Bagi mereka yang mungkin sedang mencari satu dash cam yang nampak kemas dan juga tough design, mungkin dash cam ini menjadi pilihan utama anda.

Diharapkan anda dapat memilih dash cam yang anda ingin beli untuk kereta anda. Apa yang menarik sebenarnya dash cam ini hadir dengan SD Card sebagai memori sokongan 16GB, 256GB dan banyak lagi.

Bagi pemandu Uber, ini merupakan satu sistem sekuriti semasa membawa penumpang. Mana tahu ada kejadian yang tidak diingini berlaku, anda sempat rakamkannya sebagai bahan bukti jika berlaku jenayah.

Ini merupakan 5 Dash Cam Mampu Milik Malaysia yang menjadi pilihan penulis, mungkin ada jenis dash cam lain yang menjadi pilihan pembaca juga.

Apa pun bergantung kepada bajet anda untuk membeli dash cam ini, kalau ada bajet lebih, belilah yang mahal.

4 Comments

  1. nikkhazami October 24, 2017
  2. Anuar October 23, 2017
  3. rujukan October 21, 2017
    • reez October 21, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.